Sesat tiga jam gara-gara minyak motosikal habis

Sesat tiga jam gara-gara minyak motosikal habis

JEMPOL – Seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan tidak bermaya berhampiran motosikalnya selepas hampir tiga jam sesat dalam sebuah ladang kelapa sawit di sini.

Remaja berusia 15 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ladang St.Heiler, Bahau menghala ke Ladang Senama, Bahau untuk berjumpa rakannya dengan melalui jalan pintas di sebuah ladang kelapa sawit di sini kira-kira jam 5 petang.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11, Ramelan Ribut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.56 petang dan sepasukan anggota dengan satu jentera dibantu satu kenderaan jenis Hilux diarahkan ke lokasi.

“Remaja itu sendiri menghubungi pasukan keselamatan berikutan tidak menjumpai jalan keluar sebaik memasuki ladang berkenaan.

“Pada masa sama, minyak motosikalnya telah habis. Dia turut memaklumkan bertemu beberapa individu yang melalui jalan yang sama dengannya namun mendakwa individu itu enggan membantunya sehingga dia terpaksa menghubungi pasukan keselamatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Jelas beliau, remaja itu juga tidak dapat memperincikan lokasinya selain dipercayai sudah panik akibat keadaan sekitar semakin gelap.

“Justeru, kami mencari remaja terbabit di sekitar ladang yang dimaklumkan sehingga menemuinya kira-kira jam 8.30 malam berhampiran motosikalnya.

“Remaja tersebut selamat dan telah diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Sinar

Sesat tiga jam gara-gara minyak motosikal habis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker