Bersatu mahu ganti UMNO, punca tolak sertai MN

Bersatu mahu ganti UMNO, punca tolak sertai MN

UMNO mempunyai asas jelas mengapa parti itu menolak kerjasama dengan BERSATU termasuk mengajak sertai Muafakat Nasional (MN).

Menegaskan perkara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BERSATU ditubuhkan untuk menggantikan UMNO dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima parti itu.

“UMNO ada asas jelas tolak BERSATU iaitu parti yang penuh dengan Ahli Parlimen UMNO yang lompat dan BERSATU yang tujuan penubuhannya mahu mengganti UMNO.

“Begitu juga UMNO lihat Amanah (Parti Amanah Negara) kepada PAS. Itu sebab UMNO tak ajak AMANAH menyokong MN sebab mahu jaga sensitiviti PAS,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang PAS menolak MN jika UMNO enggan menerima BERSATU dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Ditemui media di Perak hari ini, Ahli Parlimen Marang itu berkata, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk BERSATU dan NGO.

“Apabila sampai ke peringkat pelaksanaan, kepemimpinan UMNO hanya mahu parti itu dan PAS saja dalam MN, ini bermakna ia sudah lari daripada perjanjian,” katanya.

Status MN ketika ini masih ‘tergantung’ apabila kedua-dua parti yang merintis kerjasama di bawahnya kini seolah-olah mengambil haluan masing-masing.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan lalu, PAS juga memilih untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN), berbanding bekerjasama dengan UMNO di bawah kerangka MN. BH

Bersatu mahu ganti UMNO, punca tolak sertai MN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker