Sekolah tahfiz di Melaka ditutup akibat jangkitan Covid-19

Sebaran :

JASIN – Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Chenderah di sini ditutup sehingga 10 Disember ini selepas enam pelajar dan tujuh warga sekolah termasuk guru dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dilakukan.

Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Mereka yang disahkan positif terdiri daripada sembilan pelajar, pengetua, guru penolong kanan dan kerani.



“Justeru, sekolah itu telah diarahkan ditutup sehingga 10 Disember ini dan ini adalah kes pertama melibatkan sekolah berasrama sejak pembukaan semula sekolah pada 1 November lalu di Melaka,” katanya selepas melawat sekolah itu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, indeks kes telah dikesan pada 29 November lalu membabitkan guru penolong kanan berusia 53 tahun. – K! ONLINE.

Sekolah tahfiz di Melaka ditutup akibat jangkitan Covid-19


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hadi tolak Muafakat Nasional dakwa UMNO tak ikut Piagam


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *