Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan juga bekas Pengerusi Kumpulan Amanah Raya Berhad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Ismail Sabri sebelum ini pernah menyifatkan Sabbaruddin Chik sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya.

Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nora Danish dikecam ‘belanja body’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker