Nora Danish dikecam ‘belanja body’

Tangkap layar gambar perkongsian terbaharu Nora Danish di laman sosial Instagram.

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish dikecam pengguna media sosial gara-gara perkongsian terbaharunya mengenakan pakaian sehingga menampakkan bentuk badan semasa melakukan aktiviti mendaki bukit baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi sekeping gambar sedang duduk di satu kawasan sambil ‘posing’ memandang ke arah lain.

“Yang pertama, semestinya bukan yang terakhir, ke manakah selepas ini?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Gara-gara perkongsian gambar tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu telah ditegur dan dikecam oleh pengguna Instagram.



Susulan perkongsiannya itu, rata-rata berpendapat Nora tidak seharusnya berkongsi gambar sedemikian kerana dilihat kurang manis lebih-lebih lagi statusnya sebagai isteri dan ibu.

Emelda Rosemila Botak, Dah Macam Charlize Theron

“Berpada-pada apabila berpakaian, bukan dengki atau iri hati cuma ingatan sesama muslim, semoga diberi hidayah dan pengakhiran hidup yang baik,” kata @Norizanabdulhamid.



“Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa ‘hiking’ jadi semput, pakailah baju yang sesuai, takut kalau jatuh pengsan, penyelamat tak nampak sebab warna macam tanah,” jelas @Bebebeatriceharry.

Setakat ini, perkongsian gambar tersebut telah mendapat lebih 61,400 tanda suka dan 744 komen di dalam akaun Instagramnya. – K! ONLINE

Nora Danish dikecam ‘belanja body’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emelda Rosemila Botak, Dah Macam Charlize Theron



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker