24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik positif Covid-19

24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik positif Covid-19

Seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik di Taman Pelangi Jaya dekat Sik, disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman, berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, telah melaporkan satu kluster institusi pendidikan yang baharu dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi.



“Setakat ini sebanyak 24 kes positif telah dikesan, yang mana semuanya melibatkan pelajar lelaki di asrama sekolah berkenaan.

“Kes kluster ini dikesan setelah beberapa pelajar mengalami gejala bermula 28 Nov lalu dan pihak pengurusan sekolah telah melakukan saringan bersasar kepada pelajar terlibat, dan kes mula didaftarkan positif pada hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 38 individu telah disaring yang mana 24 daripadanya positif, 14 negatif dan tiada sampel menunggu keputusan yang lain hari ini.

“Punca penularan masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sik. Pihak PKD Sik juga telah menjalankan isolasi dan pemerhatian terhadap kes-kes positif, manakala kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diarahkan menjalani kuarantin.



“Notis penutupan sekolah juga telah diberikan dan berkuat kuasa hari ini sehingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Hayati meminta orang ramai terutama pihak pengurusan sekolah untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan.

“Pastikan patuh penjarakan fizikal sepanjang masa, elak bersentuhan dan bersembang dekat, pakai pelitup hidung dan mulut, hindari kawasan sesak, kerap mencuci tangan dan dapatkan imunisasi Covid-19,” katanya. FMT

24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik positif Covid-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker