TEMCO selama seminggu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Sebaran :

TEMCO selama seminggu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan secara pentadbiran (TEMCO) selama tujuh hari dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) Kuala Pilah, bermula semalam susulan 32 penuntut dan pensyarah kolej itu dilaporkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, kes membabitkan Kluster Intan Delima 2 itu mula dikesan pada 21 Nov lalu dari seorang pensyarah yang disahkan positif melalui saringan bergejala.

Beliau berkata, seramai 565 individu menjalani ujian saringan dan kluster ini membabitkan penuntut dan pensyarah di kolej berkenaan.



“Kes pertama (kes indeks) dikesan pada 21 Nov iaitu seorang pensyarah yang disahkan positif melalui saringan bergejala.

“Susulan itu, beberapa siri saringan kontak rapat dilakukan bermula 22 hingga 30 November dalam kalangan penuntut, pensyarah dan ahli keluarga yang mana ada dalam kalangan mereka didapati positif.

“Bagi memastikan perebakan jangkitan dapat dihentikan, saringan besar-besaran secara bersasar dilakukan terhadap 326 orang lagi pada 1 Disember lalu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tambah beliau, semua kes positif diasingkan di bangunan khas di kolej berkenaan.



Katanya, terdapat juga yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Tampin, manakala 105 kontak rapat sedang menjalani kuarantin di tiga blok Kediaman KMNS.

Veerapan berkata, TEMCO terpaksa diambil untuk memastikan risiko jangkitan tidak berterusan dan tiada lagi pergerakan keluar dan masuk dibenarkan sepanjang tempoh perintah berkenaan dilaksanakan.

“Saringan akan dijalankan kepada semua individu yang bergejala sepanjang TEMCO berkuat kuasa, manakala saringan bersasar akan dilaksanakan kepada semua warga KMNS pada hari kelima TEMCO bagi memastikan mereka bebas dari wabak Covid-19 sebelum ditamatkan tempoh kuarantin mereka,” katanya.

Veerapan berkata, satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan bagi menyelaras hal ehwal pentadbiran termasuk penyediaan makanan, kawalan keselamatan, pengurusan pembuangan sisa domestik dan yang berkaitan.



“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah akan menjalankan aktiviti disinfeksi di semua premis dalam KMNS termasuk kelas, makmal, surau dan koridor asrama.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis serta kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan melakukan pemantauan untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi,” katanya. FMT

TEMCO selama seminggu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *