Tiada lagi kematian akibat Omicron

Sebaran :

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengesahkan setakat ini belum menerima laporan kematian melibatkan varian Omicron.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sedang mengumpulkan bukti tentang varian yang membimbangkan (VOC) itu ketika negara antarabangsa menggandakan usaha untuk membendung penularannya.

“Kami akan memperoleh maklumat tambahan apabila banyak negara terus melakukan ujian sekali gus mengesan lebih banyak kes atau kematian direkodkan,” ujar jurucakap WHO, Christian Lindmeier.

Beliau turut menggesa komuniti antarabangsa supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman varian Delta yang menyumbang 99.8 peratus jujukan yang dimuat naik dalam Inisiatif Global Sains GISAID berdasarkan spesimen dikumpulan sejak dua bulan lalu.



“Omicron mungkin sedang mencetuskan lonjakan kes. Tetapi, Delta masih kekal sebagai varian dominan,” tegasnya.

Ketika ini, maklumat tentang Omicron masih belum diperoleh secara menyeluruh.

“Kita perlu terus menilai, mengikuti perkembangan varian itu dan mendapatkan lebih banyak maklumat untuk dikaji pakar. Proses itu mungkin mengambil sedikit masa. Data awal menunjukkan ia mungkin lebih mudah menular. Tetapi, ia masih belum dapat disahkan kerana hanya maklumat itu diperoleh setakat ini,” ujar Lindmeier. – AFP

Tiada lagi kematian akibat Omicron




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *