Lelaki amuk, pecahkan mesin bank ditahan

Sebaran :

BENTONG – Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk dan merosakkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, suspek berusia 30 tahun bertindak merosakkan harta benda awam berkenaan menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebelum melakukan tangkapan ke atas suspek.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki rekod jenayah lampau berkait penyalahgunaan dadah.



“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut.

“Suspek juga akan dirujuk ke hospital untuk rawatan psikiatri kerana hasil semakan mendapati lelaki itu pernah mendapat rawatan berkaitan penyakit itu di sebuah hospital di Kuala Lumpur,” katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Zaiham berkata, tindakan pantas orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian amat dihargai dan telah membantu pihak polis.

Lelaki amuk, pecahkan mesin bank ditahan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM arah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya diarah tutup


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *