PRN Sarawak: Dr Sim vs Chong Jen di Batu Kawah

PRN Sarawak: Dr Sim vs Chong Jen di Batu Kawah

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian tidak menganggap kehadiran Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen sebagai ancaman sekiranya benar beliau bertanding di kerusi DUN itu.

Jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak itu, ia tidak menjadi masalah kerana pihaknya sentiasa mengalukan proses demokrasi.

Katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk memilih wakil rakyat di DUN tersebut.

“Rakyat akan membuat penilaian, jadi buat pilihan yang bijak…jangan pilih ‘katak’ pintar atau penipu, itu sahaja yang saya boleh katakan.

“Kita sudah berkhidmat sekian lama bukan baharu sahaja bekerja..ia seperti mengulang kaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan..jika anda tidak belajar, maka peperiksaan akan susah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Hotel Imperial di sini pada Khamis.

Khabar angin bertiup kencang apabila DUN Batu Kawah bakal menyaksikan pertembungan lebih lima penjuru.

Lebih menarik, Chieng Jen turut menjadi antara nama yang disebut untuk bertanding di kawasan itu pada 18 Disember ini.

Setakat ini, bukan sahaja DAP yang menyatakan pendirian untuk ‘berdiri’ di Batu Kawah, beberapa parti lain pun turut mengesahkan sasaran untuk merebut kerusi tersebut.

Antaranya termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK). Awani

PRN Sarawak: Dr Sim vs Chong Jen di Batu Kawah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker