McDonald’s bantu 21 ribu pelajar tahun ini

McDonald’s bantu 21 ribu pelajar tahun ini

McDonald’s Malaysia menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) memperuntukkan lebih RM1.66 juta menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi membantu lebih 21,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara tahun ini.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, berkata program kali kelima dianjurkan itu adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang juga bertujuan memberi motivasi kepada murid untuk berjaya dalam pendidikan mereka.

Beliau berkata, sumbangan berupa pek yang mengandungi beg, botol air, alat tulis dan sepasang kasut sekolah itu dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dalam melengkapkan keperluan sekolah anak-anak.

“Pemberian pek berkenaan sudah bermula Oktober lalu diberikan kepada murid sebelum mereka memulakan sesi persekolahan baharu.

“Program berbentuk CSR ini akan dijalankan secara berterusan bertepatan dengan visi McDonald itu sendiri yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan dan makanan yang sempurna dan berkualiti malah turut membantu masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Program Pek Kembali Ke Sekolah RMHC hari ini.

Beliau berkata, program yang bermula sejak 2017 itu adalah antara inisiatif tahunan utama anjuran RMHC dan setiap tahun sebanyak 20,000 sehingga 25,000 pek bantuan diagihkan kepada sekolah terpilih menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Kita berharap dapat membantu lebih ramai pelajar pada masa akan datang dan sangat mengharapkan sokongan masyarakat untuk McDonald’s teruskan usaha ini,” katanya yang menjelaskan pihaknya menyasarkan pemberian 30,000 pek itu pada tahun depan.

Setakat tahun ini, hampir RM9 juta dibelanjakan untuk pek berkenaan yang diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara.

Terdahulu, Azmir menyampaikan replika cek sumbangan pek ‘Kembali Ke Sekolah’ 2021 bernilai RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar, Gemas di sini.

Penerima, Muhammad Elman Mahdan, 36, berkata sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan bebannya yang berpendapatan rendah.

“Ini kali pertama saya terima bantuan daripada McDonald’s dan saya sangat bersyukur kerana bantuan ini dapat menguruskan persekolahan tiga orang anak saya berusia antara dua hingga tujuh tahun,” katanya yang bekerja sebagai pemandu syarikat swasta. BH

McDonald’s bantu 21 ribu pelajar tahun ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker