Bagi nasihat berpantang, sekali jadi kecaman ramai
Bagi nasihat berpantang, sekali jadi kecaman ramai
Tindakan seorang wanita yang ‘menegur’ sepasang suami isteri berhubung isu berpantang akhirnya memakan diri apabila dia menjadi kecaman orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan pandangannya.
Situasi berlaku selepas wanita berkenaan memberi komen di gambar yang telah dimuat naik oleh Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim menerusi di akaun Facebooknya, @Ryzalibrahim.
Berdasarkan komen yang diberikan, wanita itu mendakwa pasangan muda zaman sekarang sangat berani untuk tidak mengikuti pantang dengan cara yang betul.
“Sewaktu saya bersalin dahulu, pantang memang kena jaga sampai anak hampir umur 2 tahun masih menjaga pemakanan. Rambut juga selama berpantang tidak boleh dilepaskan.
“Alhamdulillah anak sudah berusia 22 tahun kesihatan saya masih terjaga,” jelas wanita tersebut.
Susulan perkongsian itu, ramai netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang terlalu mengikuti fahaman dan adat berpantang.
“Sampai anak 2 tahun je jaga itu ini. Selepas anak 2 tahun jaga lagi ke tidak? kalau tidak jaga, jangan sibuk hal orang,” kata @Mardianaa.
“Saya baru saja habis pantang. Kalau nak ikut sangat pantang tradisional memang satu kerja apa pun tidak jalan. Saya dua minggu pertama sahaja bertangas dan tungku. Jaga pemakanan dan jangan lasak sangat pada awal pantang,” ujar @schatten.
“Sebenarnya kena ikut tuan punya badan, tengok apa aktiviti semasa muda seseorang dengan cara pemakanan atau gaya. Sekarang ini penyakit datang, tak kira lepas bersalin atau sebelum bersalin kalau dah nak sakit tetap sakit,” jelas @fatehaizzati. K Online
Bagi nasihat berpantang, sekali jadi kecaman ramai
Baca Artikel Menarik :
- Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel
- Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri
- Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib
- Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow
- Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi
- Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia
- Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan
- MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li
- Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles
- Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari
- Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu
Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi
You must be logged in to post a comment.