Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles

Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles

Bekas Peguam Negara Tommy Thomas digesa menjelaskan kegagalannya bertindak terhadap mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz berkaitan skandal 1MDB yang penglibatannya didakwa “diketahui umum”.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP berkata, memang telah lama wujud persoalan mengenai peranan Zeti dalam skandal itu, seterusnya dakwaan Thomas “tidak mengejutkan”.

“Persoalannya adalah, kenapa beliau (Thomas) tidak bertindak sepanjang 20 bulan beliau menjadi Peguam Negara,” katanya kepada FMT.

Ini susulan Thomas, dalam satu wawancara baru-baru ini, mendakwa Zeti dan suaminya Tawfiq Ayman telah “membantu” ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Persoalan telah timbul mengenai peranan Zeti dalam 1MDB selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan satu syarikat di Singapura yang dikawal Tawfiq telah menerima dana 1MDB berjumlah sekurang-kurangnya RM65 juta.

Polis Singapura juga dilaporkan memaklumkan BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi meragukan melibatkan syarikat milik Tawfiq, dengan dana berkenaan adalah dari akaun dikaitkan dengan Jho Low. Ketika itu, Zeti memegang jawatan sebagai Gabenor BNM.

Dalam wawancara itu, Thomas mendakwa “umum mengetahui” bahawa Zeti dan Tawfiq telah “membantu” Jho Low, dalang di sebalik skandal 1MDB.

“Namun saya fikir ketika kita menyiasat 1MDB, ia telah mencetuskan tujuh atau lapan pendakwaan terhadap beberapa pihak berbeza. Pada peringkat itu kertas siasatan SPRM terhadap Zeti dan beberapa yang lain masih belum disiapkan, setakat pengetahuan saya.

“Jadi saya tidak pernah berpeluang meneliti semua kertas siasatan itu,” katanya dalam temu bual yang disiarkan di YouTube.

Ramai pihak mendesak supaya Zeti yang juga saksi dalam perbicaraan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak bagi tuduhan berkaitan 1MDB, supaya menjelaskan kaitan keluarganya dengan skandal itu. FMT

Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker