Kedaifan Stadium Shah Alam mebyedihkan, kerajaan negeri digesa naik taraf segera

Kedaifan Stadium Shah Alam mebyedihkan, kerajaan negeri digesa naik taraf segera

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar), mendesak kerajaan negeri segera menaik taraf Stadium Shah Alam yang disifatkan terlalu daif dan “meruntun hati”.

Beliau berkata, jelas kelihatan kedaifan Stadium Shah Alam yang sedikit sebanyak menjejaskan pandangan apabila bumbung serta struktur lain semakin reput dan tidak terurus.

“Apabila kita melalui bandar raya Shah Alam, jelas menunjukkan kedaifan keadaan struktur Stadium Shah alam yang benar-benar meruntun hati rakyat negeri Selangor,” katanya pada sidang DUN.

Rizam berkata, bukan saja baik pulih perlu disegerakan, malah beliau turut mencadangkan sebuah mini muzium dibina bagi menceritakan sejarah kejayaan pasukan bola sepak Selangor ketika zaman kegemilangannya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Menteri Besar Amirudin Shari menjelaskan desas-desus mengatakan ada perancangan untuk merobohkan stadium berkenaan bagi membina stadium lebih kecil dengan tanah yang ada di sekelilingnya akan dimajukan oleh pemaju perumahan.

“Saya ingin soalan ini dijawab dengan telus, sekiranya tidak benar, Alhamdulillah, sekiranya benar baik jangan diteruskan.

“Saya difahamkan kos baik pulih bumbung dan padang stadium serta lain-lain tambahan tanpa perlu merobohkan tidak pun sampai RM50 juta,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Amirudin memaklumkan projek baik pulih Stadium Shah Alam akan dijalankan segera sebaik mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI).

Amirudin berkata, projek baik pulih itu kini dalam fasa pembidaan projek oleh beberapa syarikat swasta.

“Sekiranya semua berjalan lancar, Insya-Allah kerja projek naik taraf akan dijalankan secepat mungkin.

“Kerajaan negeri telah meletakkan syarat bahawa stadium ini harus dibaik pulih dahulu, sebelum fasiliti lain di sekitar stadium ini dibaiki,” katanya selepas merasmikan Galeri Hall of Fame Selangor FC di Stadium Shah Alam, 24 Okt lalu. FMT

Kedaifan Stadium Shah Alam mebyedihkan, kerajaan negeri digesa naik taraf segera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker