Kesihatan Zamani SLAM Semakin Baik, Tak Sabar Nak Beraksi Selepas Dua Tahun Rehat
Kesihatan Zamani SLAM Semakin Baik, Tak Sabar Nak Beraksi Selepas Dua Tahun Rehat
BAKAL menjayakan konsert berskala besar Februari tahun depan, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani mengakui teruja untuk menghiburkan peminat yang sudah lama merindui kemunculan mereka.
Meskipun sebelum ini keadaan kesihatannya kurang baik, Zamani atau nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, berkata itu bukan penghalang untuk dia memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.
“Memang ada rasa (gementar) sebab dah dua tahun tak keluar tiba-tiba nak muncul dalam konsert besar, jadi ada la rasa sedikit tekanan tapi dalam masa sama kita rasa happy sebab nak jumpa peminat.
“Cuma itulah kita takut kalau ada benda-benda yang tak diingini berlaku… yang itu kita cuba elakkan. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan sehingga hari konsert itu nanti.
“Saya pun sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan… kalau boleh saya nak tutup buku tentang masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya persediaan konsert itu nanti,” katanya kepada mStar
Zamani berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kumpulan ini bakal mengadakan konsert istimewa di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun depan
Untuk rekod, penyanyi yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang ini menghidap penyakit skoliosis yang membuatkan tulang belakangnya melengkung sejak 2019.
Berkongsi perkembangan terkini, Zamani memberitahu masalah yang dihadapinya semakin pulih hasil rawatan yang dilakukan selama ini.
“Memang penyakit itu mengganggu kemampuan vokal saya sebab tulang belakang itu menghimpit saraf.
“Tetapi Alhamdulillah hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik. Selepas ini kami dah boleh berlatih bersama-sama sehingga hari konsert.
“Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan. Kalau ikutkan tarikh asal iaitu pada Januari lalu, tapi semasa itu memang saya masih sakit,” ujarnya.
Tiket bagi Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bermula serendah RM130 hingga RM700 dan tempahan tiket boleh dilakukan menerusi www.myticket.asia.
Kesihatan Zamani SLAM Semakin Baik, Tak Sabar Nak Beraksi Selepas Dua Tahun Rehat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
- Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
- Aishah bercerai lagi?
- Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
- Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
- Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
- Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
- Gempar mayat bogel bangun berjalan
- Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
- Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
- Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat
You must be logged in to post a comment.