Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang

SHAH ALAM – Pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri yang kesembilan selama 100 berjaya membuktikan kestabilan politik dalam negara di samping mencerminkan konsep Keluarga Malaysia yang baik.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri khususnya konsep penghayatan dan semangat Keluarga Malaysia itu dapat menyatupadukan rakyat.

“Suasana keluarga dan kestabilan politik ini yang kita nanti-nantikan. Kita dapat lihat daripada situasi yang tegang, kini pembangkang dan pemerintah dapat duduk semeja bermesyuarat.

 

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

“Ini adalah antara faktor yang menentukan kestabilan politik dan keadaan huru-hara yang akhirnya mempengaruhi perasaan rakyat jelata dari bawah dapat dielakkan,” katanya kepada Sinar Premium.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga telah membentangkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada Perdana Menteri dan mereka telah mencapai sasaran yang dikehendaki.

“Saya telah membentangkan report card saya kepada Perdana Menteri pada Rabu. Kami sudah mencapai sasaran yang digariskan jadi tiada isu setakat ini.

“Bagi saya, ini merupakan perkara yang bagus kerana ia seolah-olah satu ingatan kepada kami untuk mencapai sasaran yang telah kami ketengahkan sebelum memulakan tugas,” katanya.

Malah, Presiden MCA itu berkata, selain kestabilan politik, pentadbiran Ismail Sabri dalam pengurusan pandemik juga lebih cekap dan teratur.

Selain itu, Ka Siong juga berpandangan bahawa kerajaan perlu mempercepatkan lagi proses transformasi dalam pengurusan pentadbiran demi memudahkan rakyat.

“Kita tidak boleh hanya tumpu KPI yang telah kita capai. Malah, kita kena mempercepatkan lagi proses transformasi dalam pengurusan pentadbiran kerajaan.

“Bagi agensi-agensi di bawah kementerian saya, kita perlu lebih berusaha mencari solusi dalam tempoh berdepan dengan pandemik ini,” katanya.

Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker