Kakitangan parlimen meninggal dunia akibat Covid-19

Sebaran :

Kakitangan parlimen meninggal dunia akibat Covid-19

Seorang kakitangan parlimen meninggal dunia akibat Covid-19 ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur semalam, kata Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut pengarahnya Dr Param Jeeth Singh, pesakit lelaki berusia 54 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 9 Nov selepas dia mengadu mengalami kesukaran bernafas semasa pemeriksaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Bangsar.

“Kes merupakan seorang petugas lelaki di Parlimen, berumur 54 tahun dan tidak diketahui menghidapi sebarang penyakit kronik sebelum ini. Beliau telah lengkap mendapatkan vaksin Covid-19 pada 11 Julai 2021.



“Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah menghubungi beliau pada hari yang sama untuk siasatan dan mendapati status Covid-19 kes adalah Kategori 2a (risiko rendah dan gejala ringan).

“Kes telah diarahkan untuk ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) bagi penilaian klinikal dan seterusnya rawatan susulan jika berkaitan.

“Pada 9 November 2021, kes telah hadir ke CAC di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar dan memaklumkan yang beliau mengalami sesak nafas.

“Penilaian klinikal menunjukkan status Covid-19 kes adalah kategori 4 dan beliau dengan segera telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan kemudiannya telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” kata Param Jeeth dalam satu kenyataan hari ini.



Pengarah itu tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai identiti mangsa dan jenis tugasnya di parlimen.

Bagaimanapun, menurut Param Jeeth, mangsa tidak berhubung dengan ahli Parlimen dalam tempoh dua minggu sebelum dia mengalami gejala Covid-19.

“Kes juga sudah tidak hadir bekerja sejak mula mengalami gejala dan hari terakhir hadir ke pejabat adalah pada 3 November 2021.

“Seramai empat orang kontak rapat iaitu dua orang kontak di rumah dan dua orang kontak di tempat kerja telah dikenal pasti dan kesemuanya telah menjalani kuarantin sebaik sahaja dikenal pasti (sebagai kontak rapat),” katanya.



Param Jeeth menjelaskan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan. Mk

Kakitangan parlimen meninggal dunia akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *