Nak Cuba? “Moden Hingga Tradisional”,Restoran Top 10 Menarik Jika Anda Makan Angin Di Kelantan

Nak Cuba? “Moden Hingga Tradisional”,Restoran Top 10 Menarik Jika Anda Makan Angin Di Kelantan

Tidak kisah kalau anda bercuti atau balik kampung ke Kelantan, pasti anda teringin nak merasa air tangan orang Kelantan kan?

Makanan di Kelantan memang sedap-sedap belaka. Tambahan lagi, jika ada rasa Thailandnya tu, fuhh memang padu. Serupa kita berada di negara Thailand.

Takda idea nak makan mana di Kelantan? Jangan risau, kami kongsikan list yang best-best untuk anda!

Top 10 Restoran Menarik di Kelantan:

1. Kakton Pattani Cafe, Pantai Geting

Tengok gambar pun dah kecur air liur kan? Makanan di sini semua sedap, terutamanya sotong sumbat bakar mereka, memang must try! Pelbagai lauk-lauk Thailand lagi ditawarkan di sana. Tunggu apa lagi? Jom serbu!

Tempat:
Dgeting beach resort, Pantai Geting,
Tumpat.

Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis (12.30pm hingga 7.30pm)
Jumaat & Sabtu (3.30pm hingga 9pm)
Tutup setiap hari Ahad.

2. Singgora, Pasir Hor

Anda penggemar makanan kampung dan tradisional orang Kelantan? Wajib datang sini! Singgora menyajikan pelbagai makanan kampung yang rasanya memang autentik. Makan sambil menikmati pemandangan indah di kampung memang sesuai dengan tema ‘Balik ke kampung’. Rumah Singgora ini juga merupakan homestay.

Tempat:
Lot 860 Kg Air Deras,
Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor,
Lorong Masjid, 15150
Kota Bharu, Kelantan.

3. Kattnis Dapor Cheese, Jalan Bayam

Siapa yang gemar keju? Anda bolelah datang ke syurga keju ini, banyak makanan mereka akan menggunakan bahan keju di dalamnya. Kedai ini menawarkan makanan fusion yang mengandungi western dan korea.

Tempat:
Kampung Khatib Ali,
15200, Kota Bharu.

Waktu operasi:
Setiap hari (1pm hingga 11pm)
Hari Jumaat (3pm hingga 11pm)

4. K’Loh Paradise, Pantai Sri Tujuh

Terdapat banyak makanan western yang anda pasti suka. Bukan setakat itu, best seller ialah Nasi Lemak Pandan mereka yang beraroma. Anda boleh menikmati pemandangan pantai sambil menikmati hidangan yang berselera di sini.

Tempat: 
Jalan Kampung Tujuh,
Tumpat.

Waktu operasi:
Khamis hingga Ahad (8am hingga 11pm)
Tutup setiap Isnin hingga Rabu. 

5. Siam Restoran, sekitar KB Mall

Kalau nak cuba makanan yang asli dari Siam, bolehlah ke restoran Siam ini. Juadah yang dihidangkan semuanya memang autentik rasa Siam, siap ada menu Sangkaya kegemaran ramai.

Tempat:
Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah,
15050 Kota Bharu.

Waktu operasi:
Setiap hari (3pm hingga 12 malam)
Setiap Jumaat (3.30pm hingga 12 malam)

6. Superdough B, Kota Bharu

It’s time for good coffee and dessert! Haa, siapa yang gemarkan pastry tu jangan lupa singgah kafe ni. Memang banyak pilihan sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Kafe yang sangat Instagrammable ini membolehkan anda OOTD sepuas hati!

Tempat:
2880-R, Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu.

Waktu operasi: 
Setiap hari (9am hingga 6pm)

7. Pau Mat, Pagar SK Pasir Hor

Pau lembut dan gebu ini bukan saja intinya banyak tetapi juga murah. Hanya RM1 setiap satu. Kata orang Kelantan, ini memang pau legend di sana.

Tempat:
Tepi pagar SK Pasir Hor,
Jalan Pasir Hor, Kampung Bunut Payong,
15150 Kota Bharu.

8. Colek Buah Pok Li, Pengkalan Kubur

@kulinerkelantansape pernah try Pok Li Colek Bismillah dekat Pengkalan Kubor? @ajimo punya pasal, pah ko min kacik. #fyp #fyp #foodhunter #pengkalankubor #kelantanoriginal sound – Kuliner Kelantan – Kuliner Kelantan

Ramai yang gemarkan buah colek Pok li sebab kuah yang pekat dan buah pun banyak. Juadah ini memang dah jadi tarikan orang tempatan mahupun pelancong di Kelantan.

Tempat:
Jln Besar, Kampung Telaga Lanas,
16200 Tumpat, Kelantan.

9. Apam Balik Cheese Terang Bulan, Pengkalan Chepa

Apam balik di sini memang famous. Disebabkan banyak perisa dan murah, ramai yang akan singgah untuk rasa apam balik yang sedap ini.

Tempat:
Pt 257, Taman Uda Murni,
15400 Kota Bharu,.

Waktu operasi: 
Setiap hari kecuali Jumaat (12pm hingga 7pm)

10. Poh Ja Lokcing Dan Sotong Bakar, Guchil Bayam

Yang ni confirm tak boleh tinggal. Rasa sos yang pedas manis memang akan membuatkan anda ketagih lagi. Pelbagai pilihan boleh dipilih antaranya sosej bakar, sosej pulut, lokcing dan banyak lagi.

Tempat:
Kampung Guchil,
Kota Bharu.

Waktu operasi: 
Setiap hari (1pm hingga 11pm)

Semuanya memang nampak sedap dooh! Memang syurga makanan 

Seismik

Nak Cuba? “Moden Hingga Tradisional”,Restoran Top 10 Menarik Jika Anda Makan Angin Di Kelantan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker