Kenaikan harga barang, Menteri KPDNHEP buat apa?

MELAKA – Pengguna terus terbeban dengan kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak sejak kebelakangan ini kerana ia sekali gus menambah kos sara hidup mereka.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, kenaikan harga barang menjadi kerisauan pengguna ketika ini terutama rakyat yang sudah terbeban akibat kehilangan sumber pendapatan susulan penularan pandemik Covid-19.

“Kini rakyat terpaksa menanggung pelbagai kos. Contoh kenaikan harga petrol, ikan, ayam, telur, sayur-sayuran, produk asas roti dan segala yang berkaitan keperluan isi rumah. Harga makanan di premis juga melampau dan tidak masuk akal,”



Menurutnya, kerajaan disaran mewujudkan penetapan harga siling selari dengan purata pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah,bukan pada barangan terpilih atau pada musim perayaan sahaja.

“Pemantauan dan penguatkuasaan mesti dilakanakan dengan tegas, agresif dan berterusan,” katanya.

Sementara itu peniaga warung makan di Padang Jambu, Nurhafizah wahab,30, mengakui terbeban dengan kenaikan harga barang mentah seperti sayur dan ayam namun itu bukan alasan untuk dia menaikkan harga menu jualan.

“Terasa sangat dengan peningkatan harga barang masakan, tapi saya tak boleh nak naikkan harga makanan sebab sebab pelanggan yang datang kebanyakan dari golongan berpendapatan sederhana.



“Jadi apa yang boleh saya buat ialah dengan mengurangkan kuantit idalam masakan,” katanya,

kta juga mahu tahu dengan kenaikan harga barang, Menteri KPDNHEP buat apa?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kad laporan 100 hari Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker