PN terbentuk saja, MN sudah tiada seri – Tok Mat

PN terbentuk saja, MN sudah tiada seri – Tok Mat

“SEBAIK Perikatan Nasional (PN) terbentuk, Muafakat Nasional (MN) sudah tidak lagi berseri, sudah tidak ada penarik dan seperti sudah tidak ada erti.”

Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyifatkan parti itu tidak pernah membelakang dan meninggalkan perjuangan dalam MN.

Sedikit demi sedikit, kata Mohamad, UMNO dengan segala daya cuba mengukuhkan MN daripada segenap aspek.

Bagaimanapun, Mohamad mendakwa sebahagian daripada pendukung MN tiba-tiba cenderung melihat PN sebagai jalan pintas untuk berkuasa.

Malah, beliau berkata, ‘mantera’ perpaduan ummah, laungan penyatuan merentas politik semakin hilang dan dilupakan.

“Ramai yang mula dibuai kerusi empuk dan berasa enak memegang tampuk kekuasaan.

“MN secara perlahan-lahan seakan dilepas dan dilupakan. Seolah-olah semua masalah serta kepentingan Melayu-Islam itu selamat dalam dakapan PN,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sebelum minta PRU-15, UMNO buatlah pemilihan parti dulu

Pas tolak Muafakat Nasional kalau hanya libat UMNO – Hadi

Mengulas lanjut, Mohamad atau Tok Mat berkata permuafakatan MN juga harus praktikal dan realistik kerana UMNO adalah parti politik, bukan pergerakan sivil atau dakwah.

Katanya, UMNO merupakan instrumen bagi orang Melayu mengurus negara dan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan agenda kepelbagaian budaya serta mempunyai kepentingan politik tersendiri.

Atas dasar itu, Tok Mat berkata, UMNO tidak pernah mengajak Parti Amanah Negara (Amanah), PKR mahu pun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak untuk menyertai MN kerana UMNO realistik memahami sejarah Pas dengan Amanah.

“Maka, demikianlah yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pas telah memilih PN dan UMNO menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka (dan sedikit terluka) kerana UMNO sejak awal faham ia tidak boleh meletakkan MN sebagai penghalang kerjasama politik antara Pas dan Bersatu.

“Namun, itu tidak bermakna MN itu akan ditinggalkan dan sudah tidak relevan.

“Pas teruslah dengan PN dan UMNO pula teruslah dengan BN tetapi jika ada kemaslahatan ummah yang memerlukan UMNO dan Pas bertemu serta berbincang, MN harus menjadi arenanya,” jelas beliau. Utv

PN terbentuk saja, MN sudah tiada seri – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker