Kes rogol di Kelantan naik, kebanyakan mangsa bawah 18 tahun

Kes rogol di Kelantan naik, kebanyakan mangsa bawah 18 tahun

“KEBANYAKAN mangsa kes rogol yang dilaporkan berusia 18 tahun ke bawah. Ada kes dirogol teman lelaki dan ada kes suka sama suka.”

Menyedihkan namun itulah faktanya seperti dinyatakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mendedahkan kes rogol di negeri berkenaan meningkat sebanyak 8.1 peratus, tahun ini.



Lebih membimbangkan, kebanyakan mangsa berusia 18 tahun ke bawah.

Menurut laporan BH Online yang memetik Shafien, ia merupakan peningkatan kepada 93 kes rogol dalam tempoh 11 bulan tahun ini berbanding 86 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Shafien berkata, Kota Bharu mencatatkan kes rogol tertinggi tahun ini diikuti Bachok.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa ada kes yang tidak dilaporkan memandangkan statistik tersebut adalah kes yang dilaporkan oleh ibu bapa serta hospital.



“Kebanyakan laporan dibuat apabila kejadian itu sudah terbongkar dan sampai ke pengetahuan ibu bapa menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis.

Baca artikel berkaitan: Diberi minuman bercampur dadah, wanita dakwa jadi mangsa rogol dua lelaki

“Selain itu, ada mangsa dibawa ke hospital dan pihak berkenaan membuat laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Apresiasi Media bersama Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, malam tadi.



Secara keseluruhan, Shafien memberitahu indeks jenayah di Kelantan mencatatkan penurunan ketara iaitu 1,652 kes berbanding 2,097 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Shafien memaklumkan, lebih 90 peratus suspek kes rogol yang dilaporkan itu berjaya dikenal pasti dan ditangkap.

“Ada yang sudah didakwa di mahkamah. Justeru, kita mengingatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku.

“Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya menitik beratkan kes rogol ini dengan mengambil pelbagai pendekatan untuk menanganinya,” jelas beliau. Utv



Kes rogol di Kelantan naik, kebanyakan mangsa bawah 18 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah



Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker