Lelaki dituduh amang seksual 9 teruna kolej

Sebaran :

Lelaki dituduh amang seksual 9 teruna kolej

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 11 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap sembilan pelajar lelaki di asrama sebuah kolej di Kuala Terengganu.

Muhd Khairul Azhar Ali, 36, penceramah yang secara sukarela memberi motivasi kepada pelajar di asrama itu, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Bernama melaporkan, bagi pertuduhan pertama hingga ketujuh, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar berumur 17 dan 16 tahun antara Mac hingga 11 Nov lepas.



Bagi empat lagi pertuduhan pula, dia dituduh melakukan perbuatan sama terhadap dua pelajar berumur 17 tahun pada 10 dan 11 Nov.

Muhd Khairul didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nooriah membenarkan tertuduh diikat jamin RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin. Dia juga dikenakan syarat tambahan supaya melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam bela Che Amir Che Musa. FMT

Lelaki dituduh amang seksual 9 teruna kolej


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA



Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply