Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg

Turut disita 17 kereta mewah berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes-Benz.

Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg

Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) merampas wang tunai RM38 juta dan emas seberat 200 kilogram dianggarkan bernilai RM60 juta dalam operasi besar-besaran terhadap sebuah sindiket melakukan pelbagai jenayah, Isnin lalu.

Sindiket itu terlibat dalam rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah yang kegiatannya berjaya dibongkar dalam serbuan Op 82S diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, turut disita dalam serbuan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu 17 buah kereta mewah berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes-Benz, selain penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta sekutunya.

“Op 82S merupakan kes pertama dijalankan di bawah pasukan petugas MATF yang dipengerusikan Peguam Negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurut Azam, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Operasi itu turut dijalankan dengan kerjasama polis, imigresen, kastam, Bank Negara (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan CyberSecurity Malaysia (CSM). FMT

Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker