Warga emas mengaku tak salah bersetubuh dengan kambing

Warga emas mengaku tak salah bersetubuh dengan kambing

Seorang lelaki berusia 60 tahun hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina.

Shaari Hasan membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza, lapor Berita Harian.



Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Shaari didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana ini adalah kes serius.

Bagaimanapun peguam tertuduh, Zolazrai Zolkapli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya hidup sebatang kara.



Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, perbuatan warga emas itu menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya. FMT

Warga emas mengaku tak salah bersetubuh dengan kambing


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker