Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
Sekurang-kurangnya 40 pemilik kediaman sekitar ibu negara di sini, dipercayai menjadi mangsa penipuan warga asing yang mendalangi sindiket pakej ubah suai kediaman dan pembelian barangan elektrik serta perabot.
Kegiatan sindiket itu dibongkar itu polis selepas empat pemilik unit kondominium di ibu negara yang kerugian hampir RM85,000 tampil membuat laporan, yang membawa kepada penahanan dua lelaki warga asing di hadapan sebuah apartmen dekat Jalan Kerinchi Kiri 2, Pantai Dalam di sini, 5 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata modus operandi sindiket ini ialah menghubungi mangsa melalui telefon dan menawarkan pakej ubah suai rumah kepada mereka.
“Sindiket turut menawarkan pakej pembelian barangan perabot atau elektrik selain perkhidmatan mendapatkan penyewa untuk rumah mangsa.
“Setelah membuat pembayaran, mangsa ditunjukkan gambar atau video perabot atau barangan elektrik yang dipasang di rumah mereka seperti mana dalam pakej yang ditawarkan untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Eng Lai berkata, siasatan ke atas suspek mendapati mereka kemudiannya menanggalkan semula perabot dan barangan elektrik yang dipasang di rumah mangsa itu untuk dipasang pula di rumah mangsa mereka yang lain.
“Berdasarkan pengakuan awal yang diperoleh daripada kedua-dua suspek berusia 40 hingga 50 tahun itu, sekurang-kurangnya 40 pemilik kediaman menjadi mangsa penipuan mereka.
“Ekoran tangkapan ini, polis merampas pelbagai barangan yang digunakan sindiket ini untuk menipu mangsa terdiri daripada dua set katil serta tilam, dua set langsir dan masing-masing sebuah peti ais, sofa serta mesin basuh,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan sebarang pakej ubah suai rumah yang ditawarkan dengan harga menarik atau harga rendah.
“Buat pemeriksaan di kediaman masing-masing untuk melihat sendiri status ubah suai dan bukannya bergantung kepada gambar atau video yang dihantar oleh kontraktor yang dilantik sebelum membuat pembayaran,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat berkaitan kes sedemikian diminta berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222 atau Asisten Superintendan Rahmat Fitri Abdullah di talian 011-12353551. BH
Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
You must be logged in to post a comment.