PM ketuai Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah secara maya

PM ketuai Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah secara maya

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-13 secara maya yang bermula esok.

Persidangan kali ini bakal dihoskan oleh Kemboja sebagai Pengerusi ASEM ketika ini dengan temanya iaitu Memperkukuhkan Kepelbagaian Hala demi Perkongsian Pertumbuhan.

“Ia sejajar usaha semasa dilakukan ASEM dalam menangani cabaran tekanan sejagat melalui kerjasama dialog berkesan,” kata Kementerian Luar menerusi kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, persidangan dwitahunan selama dua hari itu bermula dengan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEM disertai Wisma Putra yang juga berlangsung dua hari dan berakhir semalam.

ASEM yang ditubuhkan pada 1996 lalu, ketika ini mengandungi 21 negara Asia, 28 negara Kesatuan Eropah (EU), dua negara Eropah, Sekretariat ASEAN dan Suruhanjaya Eropah.

Malaysia menyertai ASEM sejak organisasi itu diwujudkan, telah memainkan peranan aktif dalam pelbagai inisiatif yang memberi banyak manfaat kepada kedua-dua benua berkenaan.

Mengulas lanjut, Kementerian Luar berkata, pemimpin dari 52 negara dijangka berbincang dan menilai semula segala perkembangan, kemajuan dan pencapaian ASEM sebelum ini.

“Justeru, pemimpin terlibat akan meneliti pertumbuhan ASEM Process yang meliputi tiga asas utama iaitu politik, ekonomi dan kewangan serta sosio-kebudayaan,” jelas Wisma Putra. K Online

PM ketuai Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah secara maya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker