Pasangan suami isteri muda edar ganja antara ditahan
Pasangan suami isteri muda edar ganja antara ditahan
LUMUT – Sepasang suami isteri muda yang disyaki menjadi pengedar ganja antara yang ditahan dalam Op Sarang Khas Bersepadu (Jihad Dadah) Daerah Manjung yang bermula Ahad lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pasangan berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.
“Pemeriksaan Ketua Polis Balai Seri Manjung bersama anggota di dalam rumah menemui cebisan-cebisan daun kering mampat disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 114.61 gram.
“Siasatan awal mendapati pasangan itu yang memiliki seorang anak perempuan berusia lima tahun menjadi penagih ganja sejak setahun lalu dan mula mengedar dadah tersebut hampir dua bulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya, pasangan itu yang tidak bekerja memasarkan dadah itu sekitar Lumut dan Sitiawan dalam kalangan penagih yang dikenali.
“Polis turut menemui alat menghisap dadah di rumah yang mereka duduki,” ujarnya.
Menurut beliau, kedua-duanya yang positif dadah direman sehingga 29 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Dalam pada itu, operasi sama juga telah menahan 49 individu lain atas pelbagai kesalahan dadah. K Online
Pasangan suami isteri muda edar ganja antara ditahan
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100
You must be logged in to post a comment.