Warga emas rogol kambing hingga mati didakwa esok
Warga emas rogol kambing hingga mati didakwa esok
Seorang warga emas yang pernah ditahan atas dakwaan mengadakan seks luar tabii ke atas seekor kambing betina sehingga mengakibatkan haiwan itu mati akan didakwa di mahkamah esok.
Suspek berusia 60 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada 9 pagi.
“Sebelum ini, kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya untuk arahan lanjut.
“Baru-baru ini kita mendapat arahan daripada AGC untuk menuduh suspek bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan di mahkamah pada esok,” menurut laporan MalaysiaGazette yang memetik sumber.
Pada 29 Julai lalu, lelaki warga tempatan itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan direman tujuh hari bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan kes tersebut.
Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan atas faktor umur dan kesihatan sementara kertas siasatan dilengkapkan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii dengan haiwan.
Media sebelum ini melaporkan, tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, dekat Serendah, 27 Julai lalu. FMT
Warga emas rogol kambing hingga mati didakwa esok
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100
You must be logged in to post a comment.