Gangguan seksual, peguam junior saman peguam senior

Gangguan Seksual – Gambar Hiasan*

Seorang peguam berusia 27 tahun menyaman sebuah firma guaman dan rakan kongsi kanan atas dakwaan gangguan seksual semasa dia menjalani latihan dalam kamar.

Plaintif memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober. Dia menamakan seorang peguam 44 tahun dan sebuah syarikat sebagai defendan pertama dan kedua.

Insiden itu didakwa berlaku di firma itu antara 3 Disember 2018 hingga 11 September 2019.

Menurut writ saman yang dilihat berkenaan, plaintif mendakwa dia terus diganggu oleh defendan pertama semasa berkhidmat sebagai paralegal selepas tamat latihan praktikal.



Setakat ini, tidak pasti sama ada dia masih bersama syarikat itu.

Plaintif antaranya mendakwa defendan berulang kali mengajaknya keluar makan tengah hari dan minum kopi berdua, menyandar rapat badan, mengintainya bekerja serta membuat komen berkaitan tubuh dan bau badannya.

Dia juga mendakwa defendan memulakan mencengkam tengkuknya di lantai tarian, menyentuh bahunya serta memulakan perbualan berkaitan “raja Thailand mengambil gambar telanjang isterinya”.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau teladan, kos serta faedah lima peratus setahun serta apa-apa relif yang difikirkan wajar dan perlu oleh mahkamah.



Gangguan seksual, peguam junior saman peguam senior


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker