Bapa Terkesima, Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Mahal Daripada Anak (video)
Bapa Terkesima, Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Mahal Daripada Anak (video)
“Betul Ke Ni Bagi Kat Abah?” Bapa Terkesima, Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Mahal Daripada Anak (video)
SEMUA ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak gembira dan mendapat apa yang dihajati semampunya.
Tidak akan terbalas segala dan pengorbanan mereka memberikan kebahagiaan dan mencukupkan segala keperluan sejak kita sejak kecil lagi.
Apabila anak-anak menganjak ke usia dewasa, tiba masanya anak untuk menggembirakan hati ibu bapa pula seperti yang dilakukan seorang pemuda ini.
Pengguna TikTok @Naemzaimi mengundang sebak warga maya apabila berkongsi reaksi kegembiraan yang terpancar pada wajah bapanya selepas menerima hadiah seutas jam tangan berjenama berwarna ‘gold’ yang diidamkan sekian lama.
Sudah sekian lama jam tangan tersebut diidamkan bapanya namun atas alasan harganya terlalu mahal, hasrat untuk memilikinya dilupakan.
Perkongsian video yang berdurasi 47 saat itu memaparkan bapanya sebak menerima pemberian itu. Bahkan jelas kelihatan air mata bertakung yang hampir menitis saat membuka kotak berisi hadiah jam tangan itu.
“Abah saya kalau pergi ke Alor Setar mesti dia akan singgah di sebuah kedai jam di belakang Pekan Rabu.
“Katanya, nak cuci mata. Nak beli tak mampu sebab mahal.
“Tapi hari ini saya hadiahkan jam yang dia hendak itu. Sebak pula apabila melihat reaksi dia.
“Kami sayang abang,” titipnya.
Warganet rata-rata turut sebak dan menangis menyaksikan reaksi bapa Naem.
Video yang mendapat 1.7 juta tontonan itu menerima pelbagai komen daripada warganet. Tindakan Naem menerima pujian, malah rata-rata netizen bangga melihat kebaikan yang dilakukannya.
[videopress wB2r4PBD]Bapa Terkesima, Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Mahal Daripada Anak (video)
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh