JPN Perak siasat kes guru duduk dalam stor [VIDEO]

Tangkap layar video luahan guru berkenaan yang menjadi tular di aplikasi TikTok.

IPOH – Siasatan terperinci telah dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung dakwaan seorang guru diasingkan di bilik simpanan tukang cuci kerana tidak divaksin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dimaklumkan JPN Perak berkenaan isu berkenaan selepas tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Menurutnya, pihak KPM akan memaklumkan laporan penuh berkenaan insiden terbabit dalam masa terdekat.

“Kerajaan negeri mengambil serius perkara terbabit kerana melibatkan aspek kesihatan dan dalam masa sama kebajikan guru.

“Pihak JPN juga telah membuat siasatan penuh dan laporan lengkap akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KPM,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Saidi turut menegaskan, pihak kerajaan negeri ingin memastikan kesemua pihak sama ada guru, pelajar, dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat.

Semalam media melaporkan seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh yang dipercayai tidak divaksin mendakwa diasingkan oleh pihak sekolah di sebuah bilik simpanan setor tukang cuci.

Video berdurasi kira-kira tiga minit itu tular dalam aplikasi TikTok selepas dimuat naik sejak kelmarin dan sehingga kini sudah mencecah 1.3 juta tontonan. -K! ONLINE

JPN Perak siasat kes guru duduk dalam stor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Melaka telah buat keputusan, Adly takkan rayu keputusan mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker