KPDNHEP periksa restoran nasi kandar jual sotong RM100 [VIDEO]

GEORGE TOWN – Pengusaha Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell di sini dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh dua hari kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut susulan tular dua ekor sotong goreng dijual dengan harga RM100.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab Ghapar berkata, tiga Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP pejabat Cawangan Timur Laut telah menjalankan pemeriksaan di restoran nasi kandar itu hari ini.

Katanya, pihaknya telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 kepada pengusaha restoran bagi mendapatkan maklumat serta harga kos dan jualan bagi sotong goreng.

Pegawai KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa restoran nasi kandar tersebut di Lebuh Campbell, hari ini.

“Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.

“Sekiranya gagal mengemukakan maklum balas yang diminta, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ridzuan berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai penguat kuasa telah mengambil rakaman percakapan peniaga mengenai isu yang telah tular bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial selepas seorang individu memuat naik gambar nasi beriani berlaukkan sotong dan sekeping resit yang memaparkan harga bagu dua ekor sotong goreng di sebuah restoran di sini adalah RM100

KPDNHEP periksa restoran nasi kandar jual sotong RM100


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker