Siakap Kayangan: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Siakap Kayangan: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan melibatkan pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan seekor siakap berharga RM1,196 di Langkawi, Kedah akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pemilik restoran berkenaan gagal mengemukakan dokumen lengkap dalam tempoh lanjutan notis pada 17 November lalu.

“Oleh itu, kertas siasatan dibuka melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kerana kegagalan menyelenggara dan menyimpan rekod wajar dalam pengendalian perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat ladang tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, di sini hari ini.

Terdahulu, pemilik Restoran Terapung Sas Rimba menerima notis daripada pihak kementerian pada 6 November lalu dan tempoh untuk menjawab notis berkenaan dilanjutkan selama 12 hari hingga 17 November.

Bagaimanapun, Rosol berkata, siasatan di bawah kesalahan mencatut mengikut Seksyen 21(5) tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan dokumen lengkap termasuk kos operasi.

“Walaupun peniaga mengemukakan rekod harga jualan RM16 bagi 100 gram ikan siakap itu tidak berubah sejak tiga lalu, namun analisa sama ada berlaku kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan kerana tiada dokumen diperlukan daripada peniaga untuk siasatan.

“Dalam pada itu, kita turut melancarkan Op Menu sejak 6 November lalu dan setakat ini sebanyak 2,814 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dengan 21 kes direkodkan membabitkan kompaun bernilai RM6,400.,” katanya.

Rosol berkata, daripada jumlah itu, 10 kes disiasat mengikut AKHAP 2011 manakala 11 lagi di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. Utusan

Siakap Kayangan: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker