Pintu persefahaman MN belum tertutup – Tok Mat

Pintu persefahaman MN belum tertutup – Tok Mat

Pintu persefahaman antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) masih terbuka meskipun UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian seperti hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada Pas.

“Saya selalu cakap, dalam kehidupan, kita mesti buka pilihan kita. Jangan tutup pintu, daripada dulu jika ada yang tanya, Pas kena buat keputusan.

“MN ini terpulang kepada Pas, mahu bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun MN, tetapi di Melaka mereka buat keputusan mahu dengan PN, apa yang boleh kami buat? Kami tidak pula mahu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Kali Ke-6 Sesi 2020, di sini hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Pengarah PRN Melaka BN berkata, UMNO akur dengan kehendak ahli akar umbinya menerusi keputusan yang diambil menerusi Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tetapi pada masa yang sama untuk perkukuhkan MN, itu sebabnya, kita hulur tangan dengan syarat gunakan lambang sendiri, kita tidak suruh guna lambang UMNO ataupun BN. Que Sera Sera, whatever will be will be,” katanya lagi.

Pas yang bertanding dalam PRN Melaka menggunakan logo PN tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi parti itu. Perkembangan itu memberikan tamparan hebat kepada Pas yang enggan bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam PRN Melaka. Utusan

Pintu persefahaman MN belum tertutup – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker