Mekanik maut dihempap kereta dibaiki

GEORGE TOWN: Seorang mekanik maut selepas dihempap sebuah kereta ketika sedang membaikinya di sebuah rumah yang dijadikan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Bayan Lepas, malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Helmirizal Che Morad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 malam tadi sebelum sepasukan bomba terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kami mendapati seorang lelaki berada di bawah sebuah kereta yang menghempapnya dan mangsa yang berusia 31 tahun ketika itu sudah tidak bergerak.



“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian mangsa sedang membaiki sebuah kereta jenis Proton Saga dan tiba-tiba kereta terbabit menghempap separuh daripada badan mangsa,” katanya.

Katanya pihak bomba menggunakan peralatan Rescue Tools sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada 1.02 pagi dan pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. FMT

Mekanik maut dihempap kereta dibaiki




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker