Bapa meninggal 10 jam selepas anak maut kemalangan

Bapa meninggal 10 jam selepas anak maut kemalangan

KUALA TERENGGANU – Bapa Mohd. Azizi Jaafar yang mati dalam keadaan rentung di dalam kenderaannya yang terbakar semalam meninggal dunia selang 10 jam selepas insiden ngeri itu.

Abang mangsa, Mohd. Jasmani Jaafar, 50, berkata, ayahnya, Jaafar Abdullah, 76, yang mengalami asma kronik dan tekanan darah tinggi meninggal dunia di rumah keluarga mereka di Kampung Wakaf Mempelam di sini pada pukul 5 pagi tadi.



“Sebelum kemalangan menimpa adik saya (Mohd. Azizi), kami dalam perjalanan membawa pulang ayah yang dirawat ke Hospita Sultanah Nur Zahirah di sini pulang ke rumah.

“Saya menemani ayah di dalam ambulans nampak kereta adik terbakar,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mempelam di sini hari ini.

Mohd. Jasmani berkata, dia meluru keluar dari ambulans untuk menyelamatkan Mohd. Azizi tetapi kenderaan itu meletup terlebih dahulu.

Tambahnya, kesedihannya berganda apabila bapanya, Jaafar pula menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.



“Jenazah ayah dan Mohd. Azizi disemadikan bersebelahan pada pukul 1.30 tengah hari tadi,” katanya. K Online

Bapa meninggal 10 jam selepas anak maut kemalangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker