Kalah PRN, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

Kalah PRN, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan

Tey Kok Kiew hari ini mengumumkan meletak jawatan serta-merta sebagai Pengerusi DAP Melaka selepas parti itu gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusinya pada pilihan raya negeri (PRN) semalam.

Beliau turut memohon maaf atas kegagalan DAP dalam PRN semalam, lapor Malaysiakini.



“Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan PRN,” katanya dipetik portal itu.

Tey yang turut gagal mempertahankan kerusi Bemban berkata, tindakannya meletak jawatan adalah keputusan peribadi.

Beliau hanya berjaya meraih 3,095 undi, manakala Yadzil Yaakub dari Perikatan Nasional memenangi kerusi itu dengan 4,211 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Tey bagaimanapun berkata beliau akan kekal sebagai ahli DAP.



DAP menang di Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir. Amanah pula memenangi kerusi Bukit Katil manakala PKR kalah di kesemua 11 ditandingi. FMT

Kalah PRN, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700



Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker