Polis Kenya Pilih Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Polis Kenya Pilih Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Model X70 merupakan kereta SUV pertama yang dilancar oleh Proton pada akhir tahun 2018 lalu dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai apabila Proton berjaya menjual lebih 48,000 unit dalam masa dua tahun (2019-2020).

Proton X70 turut dieksport ke beberapa buah negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan pasaran yang terbaharu di Kenya pada Ogos tahun lalu sebagai model CKD (Completely Knocked Down).

Terbaharu, pihak Proton Kenya baru sahaja menyerahkan sebanyak 30 unit SUV Proton X70 kepada pihak anggota keselamatan negara tersebut, ‘Kenya Police Service’ sebagai kenderaan rasmi mereka.

Menurut Proton Kenya, model SUV Proton X70 itu dapat membawakan gaya yang unggul, stabiliti lebih baik dan keselesaan buat Polis Negara Kenya semasa melaksanakan mandat mereka.

Upacara penyerahan 30 unit SUV tersebut yang mempunyai dua warna, biru dan hijau (tidak pernah ditawarkan di negara kita) telah dibuat di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road. Vc

Polis Kenya Pilih Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker