Terima kasih Keluarga Melaka – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan terima kasih Keluarga Malaysia di Melaka yang memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam.

Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi negeri Melaka pasti  menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang bakal dibentuk.

“Tahniah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden-Presiden parti komponen BN dan seluruh jentera parti yang menggembleng tenaga membantu memenangkan BN di Melaka.



“Penghargaan juga buat mantan Pengerusi BN, Datuk Sert Najib Tun Razak yang turut turun padang membantu kemenangan di Melaka.

“Inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana kita semua menuju ke destinasi yang sama, membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar ini. Terima kasih Keluarga Melaka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, BN diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Terima kasih Keluarga Melaka – Ismail Sabri




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: BN akan terjemahkan mandat dengan khidmat kepada rakyat – Zahid Hamidi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker