Rakyat terima pilihanraya dalam norma baharu

MASJID TANAH: Walaupun perlu mengundi dalam kebiasaan baharu, para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak berdepan sebarang masalah sepanjang proses membuang undi.

Rata-rata pengundi ditemui Mingguan Malaysia menyambut baik prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Seorang penoreh getah, Mohd. Jo Che Lah, 54, berkata, pengundian berjalan lancar khususnya ketika menjalani proses saringan di pintu masuk pusat mengundi.



Katanya, semua proses adalah sama seperti pilihan raya sebelum ini namun yang membezakannya adalah SOP seperti pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

“Semuanya okey berjalan lancar. Mungkin saya datang awal pagi dan orang tidak ramai.

“Tidak sampai 10 minit proses pengundian selesai,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar, di sini.

Seorang lagi pengundi, Mas Armiza Samsudin, 47, berkata, segala SOP ditetapkan sepertimana proses masuk ke pusat beli-belah.



“Kita kena saring dahulu dengan pemeriksaan suhu badan dan menjaga penjarakan fizikal. itu sahaja kebiasaan baharu pilihan raya kali ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.

PRN Melaka mengikut norma baharu apabila pengundi perlu mematuhi SOP seperti ditetapkan oleh MKN.

Antaranya semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, menjalani proses saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal. – UTUSAN

Rakyat terima pilihanraya dalam norma baharu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya tak akan kembali kepada UMNO – Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker