PRN Melaka: BN akan terjemahkan mandat dengan khidmat kepada rakyat – Zahid Hamidi

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diterjemahkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kemenangan BN itu membuktikan bahawa rakyat mendambakan kestabilan politik seperti sebelum ini.

“Dengan kemenangan ini, ia mengiktiraf permintaan rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kembali di negeri Melaka dan Insya-Allah kestabilan politik ini akan diterjemahkan di seluruh negara.

“Hari ini, isyarat yang jelas dah diberikan rakyat negeri Melaka, mereka mengundi selaras kestabilan politik demi negeri Melaka yang menjadi teras kepada aku janji BN,” jelasnya dalam sidang media di sini, malam ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas mandat yang diberikan rakyat kepada parti itu untuk menerajui Melaka.

Tambah Ahmad Zahid, perubahan sikap rakyat dalam menyokong BN itu akan diterjemahkan dengan khidmat kepada rakyat.

“Ia memperlihatkan perubahan sikap rakyat atau pengundi di Melaka yang telah kembali menyokong semula BN.

“Sokongan rakyat Melaka amat dihargai BN, saya bagi pihak seluruh kepimpinan… semua peringkat dengan rasa rendah diri berterima kasih kepada rakyat Melaka yang telah beri peluang sekali lagi kepada BN.

“Alhamdulillah, kemenangan BN dalam PRN Melaka sungguh besar ertinya. Ia memperlihatkan perubahan sikap rakyat khususnya pengundi Melaka yang telah kembali sokong semula BN,” jelasnya lagi.

BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu.

Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) pula dua kerusi DUN.

PRN Melaka: BN akan terjemahkan mandat dengan khidmat kepada rakyat – Zahid Hamidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker