Pembantu juruselam ditahan cabul pelancong ketika selam skuba

Gambar Hiasan

SEMPORNA – Seorang pembantu jurulatih selam skuba ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong wanita warga China ketika melakukan aktiviti selaman di perairan Semporna.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Ahad di sebuah tempat penginapan selepas laporan polis diterima daripada mangsa pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.

“Laporan diterima oleh seorang pelancong wanita warga China yang mengatakan bahawa pada kira-kira jam 1 petang Jumaat dia telah dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba semasa melakukan aktiviti selam skuba di perairan sebuah pulau peranginan di daerah ini.



“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asalnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan daripada laporan itu, Arif berkata, tangkapan segera dilakukan terhadap suspek dalam kes ini.

“Suspek adalah warga tempatan yang bekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba dengan sebuah pusat selaman skuba.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan reman telah dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker