Pak Jo dijemput ilahi ketika solat subuh

Pak Jo dijemput ilahi ketika solat subuh

Tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di media sosial berkenaan seorang warga emas yang meninggal dunia dipercayai di sebuah masjid baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh @Matttyoe10 di laman Twitter baru-baru ini, dia berkongsi tentang seorang warga emas dikenali sebagai ‘Pak Jo’ telah meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat subuh.



Berdasarkan sebuah video berdurasi 45 saat yang dikongsikan @Matttyoe10 di Twitter, dapat dilihat warga emas itu sedang duduk bersedia untuk menunaikan solat subuh sebelum terjatuh dan tidak menyedarkan diri.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk jemaah masjid saya yang meninggal dunia disaat ingin menunaikan solat subuh berjemaah pagi tadi, arwah merupakan insan yang sangat uzur namun kehadian arwah ke masjid lima waktu berjemaah sangat dihormati.

“Malu rasanya, Pak Jo nak turun naik tangga masjid pun pakai tongkat buruk sebab nak kejar solat berjemaah setiap hari dengan keadaan yang sangat uzur, tapi paling awal sampai masjid,” katanya dalam ruangan posting tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial berasa cemburu dengan kematian warga emas tersebut dan orang ramai mendoakan agar individu tersebut ditempatkan di dalam syurga.



“Allahuakbar pengakhiran yang baik, semoga Allah S.W.T tempatkan arwah di dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata @Kroolnizam.

“Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa beliau dan merahmatinya supaya dia digolongkan dengan orang-orang soleh dan dilapangkan di alam kuburnya dan ditukarkan keburukan,” jelas @Ashriqbasri.

“Kematian yang dicemburui, masya-Allah, innalillahi wa inna ilaihi raji’un, semoga syurga buat beliau yang paling sedih tengok dia sempat aminkan doa lepas iqamat,” ujar @Zeitarna. K Online

Pak Jo dijemput ilahi ketika solat subuh




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker