Air Sungai Golok mula melimpah, enam keluarga tinggalkan rumah

Air Sungai Golok mula melimpah, enam keluarga tinggalkan rumah

RANTAU PANJANG: Hujan lebat di negeri ini sejak beberapa hari lalu, terutama di kawasan hulu Kelantan menyebabkan air Sungai Golok meningkat mendadak sehingga melepasi paras amaran.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok setakat tengah hari ini sudah mencecah 8.74 meter, berbanding paras normal 5 meter.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya sudah mula melakukan rondaan rutin bagi memantau paras terkini air Sungai Golok.

“Pada masa sama, kita memberikan nasihat dan peringatan supaya penduduk segera membuat persiapan menghadapi banjir ekoran cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di portal sama mendapati enam keluarga dari Kampung Gual Tok Deh, di sini telah meninggalkan rumah masing-masing kerana dinaiki air kesan limpahan Sungai Golok.

Kesemua keluarga terdiri daripada 31 individu tersebut kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh yang diaktifkan sejak pukul 10 malam tadi. Utusan



Air Sungai Golok mula melimpah, enam keluarga tinggalkan rumah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker