Video Caprice bersama anak tirinya undang pelbagai reaksi

Video Caprice bersama anak tirinya undang pelbagai reaksi

Bergelar bapa ‘instant’, penyanyi rap kontroversi Caprice mencuri perhatian ramai apabila video melayan kerenah anak tirinya yang dimuat isterinya, Farra Inalis menjadi tular di media sosial.

Farra berkongsi paparan video Caprice yang sedang fokus bekerja namun tetap tenang melayan kerenah Aleesya Sofea.

“Daddy tengah kerja dia kacau,” tulis Farra di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 25 saat itu, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, termenung di hadapan komputer riba sambil anak tirinya duduk di atas bahu sambil bermain dengan kepalanya.

Minggu lalu, Caprice membuat kejutan apabila berkahwin tanpa sebarang hebahan media dengan Farra, 26, yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu.

Pernikahan pasangan mempelai berlangsung sekitar pukul 5 petang, Isnin, di Tanamekar The Hills, Petaling Jaya, Selangor.

Farra yang juga seorang usahawan dan Instafamous mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea daripada perkahwinan terdahulu serta mendedahkan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal. Wc

Video Caprice bersama anak tirinya undang pelbagai reaksi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker