Covid-19: Kerajaan nafi sektor perkilangan terlepas dari tindakan

 

Di sebalik kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai, kerajaan sudah menutup sehingga 70 kilang kerana didapati melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun penutupan tersebut tidak diumumkan sehingga membuat orang ramai menyangka kerajaan hanya bertindak ke atas sektor lain.



“Jika kilang-kilang tersebut didapati – selepas penilaian risiko oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) – ia akan diarahkan tutup oleh kerajaan, cuma mungkin kita tidak hebohkan kepada rakyat tentang penutupan tersebut.

“Yang rakyat tahu misalnya kilang terkenal seperti Top Glove tu.

“Sehingga Mei 2021, sebanyak 70 kilang diarahkan ditutup kerana melanggar SOP (prosedur operasi standard) dan perintah yang dikeluarkan oleh kementerian,” katanya pada sidang media hari ini.

Sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah itu diadakan beberapa jam sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara mulai tengah malam ini.



Timbalan Menteri Sanggah Mufti Perlis

Ekoran pelaksanaan PKP sebelum ini beberapa penutupan dibuat oleh kerajaan termasuk bazar Ramadan dan sesetengah pusat beli-belah. SOP untuk masjid dan rumah ibadah juga diperketatkan.

Di sebalik PKP itu aktiviti ekonomi tetap dibenarkan berjalan dengan beberapa syarat ditetapkan.



Ia mengundang rasa berang orang ramai yang beranggapan penyumbang terbesar kes-kes baru Covid-19 adalah sektor perkilangan dan pembinaan namun ia tidak diarahkan tutup di bawah PKP.

Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa sambil menilai risiko semasa.

Jika dirasakan perlu, katanya, kilang terbabit akan diarah tutup.

 



“Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib” – Ibrahim Ali

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker