Ikrar Akar Umbi PAS Undi Tok Leman Di Lendu, Tolak Mas Ermieyati Di Tanjung Bidara

Oleh Nurul Aisyah

 

https://youtu.be/ayeB91fo3aw

 



Atas kesedaran maqasid syariah, akar umbi PAS Lendu menolak calon Perikatan Nasional dan memilih untuk mengundi YAB Datuk Seri Utama Dr. Hj. Sulaiman Md. Ali yang akan mempertahankan kerusi N.04 Lendu dalam Pilihanraya Umum Negeri Melaka 2021. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka Ketika ini dicabar oleh dua calon lain iaitu Mohamad Asri Ibrahim Pakatan Harapan (PH) dan Abdullah Mahadi dari Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN) .

Keputusan PAS pusat yang membelakangkan Muafakat Nasional dan bertanding di lapan kerusi atas tiket Perikatan Nasional di sambut dingin ahli dan penyokong PAS di Melaka. Akar umbi PAS lebih mengenali hati budi calon Barisan Nasional yang sememangnya jauh lebih baik dan layak memimpin dari calon-calon PN dan PH.

Sebelum ini desas desus bertiup kencang berkenaan segelintir penyokong parti PAS mahu memberikan undi kepada BN. Kini dengan bukti video di atas maka benarlah desas desus tersebut.

Berdasarkan video di atas, selain akar umbi PAS menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Tok Leman di Lendu, PAS juga menegaskan mereka menolak MAS Ermieyati di Tanjung Bidara.



Sejak semalam tular satu klip video memaparkan pemimpin akar umbi PAS di Masjid Tanah yang tidak berpuas hati dengan pendirian parti itu menguruskan PRN Melaka.

Diperkenalkan sebagai timbalan ketua cawangan PAS, lelaki terbabit mendakwa dia berdepan dengan keadaan sukar apabila menerima arahan yang berbeza, antara membantu calon PN atau mengutamakan calon PAS.

Dia bersama kumpulannya juga menyatakan ikrar untuk memberikan undi kepada calon BN di Lendu, iaitu Sulaiman Md Ali, berbanding Abdullah Mahadi dari Bersatu yang mewakili PN.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker