Sekat promosi barangan dalam talian guna ayat berunsur lucah

Kerajaan diminta menguatkuasakan undang-undang bagi membendung peniaga wanita dalam talian yang menggunakan ayat berunsur lucah serta berpakaian tidak sopan ketika mempromosikan barangan yang dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, langkah itu bagi mendidik mereka yang terlibat dan dalam masa yang sama memelihara nama baik agama Islam.

Menurutnya, perlakuan serta ucapan tidak sopan bagi menarik perhatian ramai itu dikhuatiri akan menjadi kelaziman bagi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam serta adab ketimuran.



“Perniagaan secara dalam talian menjadi pilihan kebanyakan golongan pada hari ini untuk menampung pendapatan. Usaha ini amat bagus untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

“Bagaimanapun, terdapat segelintir peniaga wanita di negeri ini yang tidak mengambil berat akan penampilan yang sopan.

“Ia turut diburukkan dengan dialek Terengganu digunakan yang secara tidak langsung memberi stigma negatif terhadap rakyat negeri ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2022 di Wisma Darul Iman pada Selasa.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan wajar meneliti bagi membendung perkara itu daripada berlarutan dan menular dalam kalangan masyarakat.



“Saya menyeru supaya pemantauan, penguatkuasaan dan sekatan dapat dilakukan bagi content (kandungan) promosi barangan yang menggunakan ayat atau perkataan berunsur lucah yang tidak sesuai ditayangkan di media sosial,” katanya.Dalam pada itu Zuraida berkata, kerajaan perlu memperkasakan wanita bagi membolehkan golongan itu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, ia merupakan kunci utama supaya golongan itu dapat melanjutkan pengajian secara formal dan non-formal selain sebagai tiket mendapatkan pekerjaan.

“Budaya ilmu dalam kalangan wanita perlu dipandang secara serius kerana wanita berperanan besar dalam membentuk institusi keluarga serta masyarakat yang lebih sempurna.

“Bagi mengimplementasikan pendidikan berteraskan nilai dalam program pendidikan secara formal atau non-formal, pihak berwajib perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana bersesuaian bagi memastikan pembelajaran wanita bersifat kondusif,” katanya.



Sekat promosi barangan dalam talian guna ayat berunsur lucah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker