Bersekongkol Dengan Dap, Anwar Jatuhkan BN Pada PRU14 Bukan Jahat? Soal Dr Puad

Sebaran :

Bersekongkol Dengan Dap, Anwar Jatuhkan BN Pada PRU14 Bukan Jahat? Soal Dr Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak penyokong Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menegakkan benang basah.

Dr Puad membidas penyokong tersebut yang digelarnya ‘pencacai’ kerana berkata langkah Sheraton oleh Muhyiddin bukan tindakan jahat tetapi untuk selamatkan negara daripada Dap dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Habis bersekongkol dengan Dap dan Anwar jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) di PRU14 (Pilihan Raya Umum 14) bukan jahat?

“Bila masa Muhyiddin jadi suci bersih dari Dap. Bahkan di saat kehilangan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin cuba menawarkan pakej kerjasama dengan Dap dan PKR. Berlaku rundingan pintu belakang bersama Tony Pua dan Ong Kian Ming,” dakwanya dalam satu hantaran di Facebook.



Jelas Dr Puad lagi, mungkin ‘pencacai’ itu lupa MKT UMNO pecat Muhyiddin kerana sepentas dengan Dap untuk menghentam UMNO.

“Bukan kerana isu 1MDB. Kalau 1MDB, sudah lama Muhyiddin dipecat,” katanya.

Justeru tambah Dr Puad, jangan jadikan Dap alasan kerana UMNO ada rekod kalahkan Dap di Cameron Highlands.

“Masa itu Muhyiddin masih sebantal dengan Dap. Bila kalah teruk di Tanjung Piai, baru nak sedar diri?” soalnya. – UMNO ONLINE



Bersekongkol Dengan Dap, Anwar Jatuhkan BN Pada PRU14 Bukan Jahat? Soal Dr Puad

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Penutupan kedai nombor ekor akan manfaatkan penjual ekor haram


Sebaran :

Leave a Reply