Siak masjid maut dipukul dengan penyodok

Seorang siak masjid Amerika Syarikat berusia 59 tahun ditemui mati di Pusat Islam Husseini di bandar Sanford, negeri Florida dengan polis memaklumkan bahawa mangsa dipukul dengan penyodok, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Suspek pembunuhan itu dipercayai merupakan seorang lelaki bernama Ahmed Raslan dan berusia 38 tahun. Menurut polis, suspek membuat dakwaan pelik secara online bahawa masjid itu adalah rumahnya.

Tidak jelas mengapa Raslan pergi ke masjid itu kelmarin atau apa yang mencetuskan keganasan tersebut.



Raslan dituduh memandu mini van milik mangsa ke tempat letak kereta Daerah Indian River di mana polis menembaknya sebanyak tiga kali. Suspek kemudian dimasukkan ke hospital, manakala  keadaannya tidak diketahui.

Polis percaya bahawa suspek bertindak memasuki masjid tersebut selepas memanjat pagar lalu memecahkan tingkap belakang menggunakan sebuah tangki propana, demikian menurut stesen televisyen Orlando, WESH.

“Nampaknya lokasi ini dipilih secara rawak atau dia menerima arahan dalam kepalanya,’’ kata Sherif Dennis Lemma.

Presiden masjid, Mahmood Dhalla menggelar mangsa sebagai pekerja yang berdedikasi dan selalu berkata, dia akan melindungi tempat itu dengan nyawanya. – Agensi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker